Tutorial Affiliate

Paparan Dashboard

Link Affiliate 

Di section ini anda boleh mendapatkan link affiliate anda untuk dikongsikan kepada pelanggan anda sama ada di Facebook, telegram group, dimana-mana sahaja.

Anda juga boleh menggunakan fungsi referral URL generator untuk menjana link ke specific landing page product beserta campaign name. 

Campaign name boleh digunakan untuk membezakan trafik atau tarikh dan produk. Ini akan membantu anda untuk optimized-kan kempen promosi anda.

Bonus Pelanggan

Bonus pelanggan ini bermaksud jikalau anda ingin memberi hadiah/ bonus kepada pelanggan yang membeli dari link anda seperti link voucher percuma atau link diskaun. Jika anda aktifkan fungsi ini, customer yang beli akan dapat email tambahan yang mengandungi bonus tersebut, samada link download untuk product percuma atau apa apa yang berkenaan. Sekiranya jualan disahkan oleh admin, pelanggan yang beli dari link affiliate tersebut akan dapat link tersebut. Untuk makluman, bonus pelanggan ini hanya valid untuk produk yang disetkan bawah borang jualan produk sahaja.

Bonus Pelanggan

Fungsi ini adalah jika anda ada gambar yang nak anda upload, tetapi disebalik gambar itu ada link affiliate apabila pelanggan tekan, ia akan pergi ke borang yang ada link affiliate tersebut. Ia selalu digunakan untuk post di platform forum.

Trafik

Section ini memaparkan maklumat setiap link anda yang telah diklik.

Trafik hanya akan menunjukkan link yang berjaya sehingga ke checkout dan cubaan membuat pembayaran.

Jualan

Section ini memaparkan jumlah jualan yang anda berjaya dijual.

Statistik

Section Statistik akan memaparkan data dari trafik, jualan dan produk yang telah anda kongsikan.